Sejak konflik antara dua negara berjiran yang mempunyai kuasa nuklear, India dan Pakistan, kini kedua-dua negara mengambil langkah menutup lapangan terbang dan menutup ruang udara.

mstar.com.my

Pelbagai penerbangan dibatalkan serta dilencongkan berikutan tindakan tersebut hingga menjejaskan penerbangan yang melalui rantau tersebut seperti penerbangan ke Asia Tenggara dan Eropah.

Difahamkan, Pihak Berkuasa Penerbangan Awam Pakistan dan tenteranya memberitahu bahawa keseluruhan ruang udara negara berkenaan ditutup dan semua penerbangan diarahkan ‘menggantung operasi di Pakistan sehingga notis lanjut’.

mstar.com.my

Di samping itu, sebanyak enam lapangan terbang ditutup di India iaitu Srinagar, Jammu dan Leh di Kashmir, Amritsar, Chandigarh dan Dehradun. Malah, dikatakan sejumlah besar ruang udara New Delhi juga ditutup kepada penerbangan awam.

Sumber: Harian Metro