Kelmarin, sebanyak 697,358 kes Covd19 dilaporkan dengan 24,000 kes baru dalam tempoh 24 jam selain 613 kematian di India.

Selain itu, lokasi tumpuan pelancong terkenal, Taj Mahal, masih ditutup sejak pertengahan Mac lalu kepada pengunjung berikutan peningkatan kes harian penularan wabak itu.

Menurut AFP, negara itu kini menjadi negara ketiga paling teruk terjejas selepas Amerika Syarikat(AS) dan Brazil.

Difahamkan, peningkatan jangkitan berlaku semasa pihak berkuasa tempatan di utara kota Agra mengatakan Taj Mahal terus ditutup kepada pengunjung walaupun kerajaan membenarkan ia dibuka kembali.

Berdasarkan dokumen Majistret Daerah Agra, Prabhu N Singh, Taj Mahal dilaporkan berada dalam zon penahanan.

Untuk pengetahuan anda, zon penahanan merekodkan kadar jangkitan tinggi dan semua aktiviti kecuali perkhidmatan penting dihentikan buat sementara waktu.

Taj Mahal dan monumen Agra utama lain terletak di kawasan perumahan berpenduduk tinggi yang kebanyakannya dikategorikan sebagai zon penahanan.

Sumber: Harian Metro, Agensi