Impian seorang anak pastinya mahu membahagiakan ibu bapa yang telah banyak berjasa membesarkan mereka sejak lahir hingga dewasa.

Walaupun tidak mengharapkan balasan daripada anak-anak, ibu bapa pasti rasa gembira apabila dijaga dengan elok oleh anak-anak mereka.

sataypanas.com

Pelakon comel, Ruhainies atau nama penuh Nur Ruhainies Farehah Zainul Ilyas, 26 tahun, gembira apabila dapat mencapai dua impiannya iaitu memiliki rumah dan kereta dengan usaha dan titik peluhnya sendiri.

“Akhirnya penat lelah selama ini berbayar dan puas hati kerana dua impian ini memang sudah lama saya impikan sejak memulakan kerjaya sebagai anak seni,” ujarnya lega.

Setelah empat tahun berkecimpung dalam industri hiburan tanah air, Ruhainies berjaya memiliki sebuah rumah jenis kondominium dan kereta jenama Mercedes yang akan digunakan untuk keluarganya sekali.

“Rezeki yang saya dapat ini adalah atas doa ibu bapa, jadi mereka juga harus merasa apa yang saya perolehi ini,” katanya yang mahu keluarganya duduk bersamanya di Shah Alam tidak lama lagi.

Rupa-rupanya pelakon kecil molek ini seorang yang mementingkan keluarga. Patutlah rezekinya dalam dunia hiburan sentiasa mencurah-curah.

Sumber: mStar