Menteri Kanan (Kluster Keselamatan), Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob, dalam Mesyuarat Khas Menteri-Menteri bersetuju bahawa saringan suhu badan tidak perlu dilakukan di setiap kedai di dalam pusat beli-belah.

Gambar sekadar hiasan

“Namun pengunjung tetap perlu memberi butiran peribadi di setiap premis yang dimasuki di pusat beli-belah berkenaan bagi tujuan pengesanan kontak,” ujarnya.

“Ia boleh dilakukan secara manual atau menerusi aplikasi MySejahtera selain cecair nyah kuman di setiap premis,” jelasnya.

Menurutnya, perkongsian nama dan nombor telefon perlu dilakukan kerana memudahkan proses pengesanan jika ada antara pelanggan adalah pembawa Covid19.

“Kita tidak tahu ke mana hala tuju mereka, kalau ada kes Covid-19 dalam kalangan pelanggan, kita masih boleh membuat pengesanan orang yang bersama dengan individu positif Covid-19 tadi,” jelasnya.

“Mungkin dia pembawa, kalau didapati melalui pengesanan mereka, akan mudah dihubungi Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM). Sebab itulah, kita masih lagi mewajibkan (memberi butiran peribadi) mereka sama ada secara manual atau menerusi aplikasi MySejahtera,” katanya.

“Suhu badan pula diambil sekali di pintu masuk pusat beli-belah,” tambahnya lagi.

Selain itu, peraturan sama turut dibuat terhadap hotel yang mempunyai premis menjual cenderahati, restoran dan lain-lain, di mana saringan suhu hanya di pintu masuk hotel sahaja.

Sumber: Harian Metro