Seorang pensyarah di sebuah universiti swasta yang juga merupakan imam dari Palestin ditembak mati di kawasan pejalan kaki di luar sebuah kondominium di Jalan Gombak, Setapak ketika berjalan menuju ke surau untuk menunaikan solat Subuh pagi tadi.

FB Aqsa Syarif

Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Seri Mazlan Lazim, berkata pihaknya menerima pmaklumat berhubung seorang lelaki Arab berusia 35 tahun ditembak oleh dua lelaki yang menaiki motosikal kira-kira jam 6 pagi.

“Siasatan awal mendapati suspek tersebut menaiki motosikal dan melepaskan lebih 10 das tembakan. Empat kesan tembakan dikesan pada badan mangsa.

bhonline

“Polis menemui dua kelongsong peluru di lokasi kejadian dan mangsa disahkan meninggal dunia di lokasi kejadian,” katanya.

Sumber: BH Online