Imam Besar Masjidil Haram, Dr Abdulrahman Al-Sudais, menyertai pekerja pembersihan di Mekah melakukan proses sanitasi di sekeliling Kaabah, baru-baru ini.

Menurut Arab News, kerja pembersihan turut dilakukan di Makam Ibrahim, Hajar Aswad serta kain Kiswah Kaabah.

Untuk pengetahuan anda, sehingga kini terdapat 18,811 kes jangkitan Covid19 dilaporkan di Arab Saudi dengan 144 kematian.

Di samping itu, perintah sekatan sudah dilonggarkan sedikit di seluruh Arab Saudi kecuali Mekah.

Sumber: Harian Metro