Memandangkan musim durian telah kembali, ramai yang telah mengambil peluang untuk menikmati durian dan pasti juga ramai di antara anda yang sudah menikmati durian.

Gedung perabot terkemuka IKEA juga tidak ketinggalan memperkenalkan menu pencuci mulut terbaru mereka dan semuanya berasaskan durian. Antara pencuci mulut yang dijual antaranya adalah kek, puff, tart dan frappe.

Harga bagi Durian Tart RM6.50 dan Durian Puff RM5.90 sahaja. Manakala Durian Cake berharga RM9.90 dan minuman Musang King Frappe berharga RM9.90 sahaja.

Namun anda perlu diingatkan bahawa minuman Musang King Frappe hanya boleh didapati di kafe IKEA Damansara dan Cheras sahaja. Jangan lepaskan peluang ini, tawaran menu istimewa ini bermula dari 10 Jun 2019 sehingga 31 Julai 2019.

Sumber: Vitdaily