Kedai kelengkapan rumah popular berasal dari Sweden, IKEA, akan menawarkan perkhidmatan sewa dan kitar semula perabot di seluruh dunia untuk mengatasi masalah pembaziran model perniagaan pek rata selain menuju ke arah mesra alam.

Walau bagaimanapun, perkhidmatan tersebut akan dilaksanakan pada tahun 2030. Namun, pihak IKEA telah memulakan proses pembaikan dan pembungkusan semula produk rosak ketika penghantaran di setiap kedai selain pelanggan boleh pulangkan produk seperti perabot untuk dijual semula atau dermakan kepada badan amal.

Awal tahun ini, syarikat yang mengendalikan 367 kedai Ikea di seluruh dunia, Ingka Group, telah melancarkan perabot pajakan perintis di empat negara, projek yang kini dirancang untuk diperluaskan ke semua 30 pasarannya.

indianexpress.com

Malah, syarikat tersebut mensasarkan untuk mengurangkan impak iklim sebanyak 70 peratus secara purata bagi setiap produk menjelang tahun 2030.

Menurut Greenpeace Nordic, inisiatif terbaru IKEA itu amat bagus, tetapi syarikat berkenaan masih jauh daripada menjadi sebuah syarikat yang mesra alam.

Sumber: Harian Metro