Ibu kepada penyanyi Akim Ahmad iaitu Aminah Bahari, 54 tahun, menghembuskan nafas yang terakhir pada malam semalam.

Akim memberitahu berita sedih itu di akaun Instagram miliknya malam tadi tetapi tidak dinyatakan punca ibunya meninggal dunia.

“Ibu tenang ye kat sana, inshaAllah akim akan kirimkan apa sahaja untuk ibu. Ibu rehat ye,” tulis Akim di ruangan caption gambar.

Sebelum itu, dia dilihat memuatnaik gambar dan meletakkan caption meminta orang ramai mendoakan kesihatan ibunya pada Jumaat lepas.

Dilihat beberapa rakan artis turut mengucapkan takziah kepada penyanyi itu di laman sosial antaranya ialah Datuk Aznil Nawawi, Hazama, Radin Era, Aweera, Aiman Tino, Marsha Milan dan Along Cham, lapor mStar.

Sumber: IG Akim Ahmad