Sejak kebelakangan ini terdapat beberapa amaran cuaca dikeluarkan sempena musim tengkujuh yang hampir tiba. Difahamkan, hujan diramalkan turun pada waktu pagi di satu dua tempat sekitar Johor.

Menurut satu kenyataan daripada Jabatan Meteorologi Malaysia, cuaca berkenaan dijangka berterusan sehingga Ahad ini.

Gambar sekadar hiasan

“Pada sebelah petang ribut petir dijangka berlaku di satu dua tempat termasuk kawasan pedalaman. Suhu dijangka menurun sehingga 23’c sepanjang hari,” katanya.

Sementara itu, hujan diramal turun pada sebelah pagi di kawasan pantai dan ribut petir pada sebelah petang di satu dua tempat sekitar Negeri Sembilan.

Gambar sekadar hiasan

“Pada sebelah malam pula cuaca diramal baik tanpa hujan dengan suhu 31’c,” tambahnya.

Sementara itu, di Melaka pula cuaca diramal cerah namun hujan dan ribut petir di beberapa kawasan pantai dan pedalaman.

Walau bagaimanapun, tiada amaran ribut petir secara menyeluruh dikeluarkan untuk ketiga-tiga negeri berkenaan.

Sumber: Sinar Harian