Masih sempat lagi jika anda mahu bergaya di pagi raya dengan baju raya yang diidam-idamkan kerana berjaya menghilangkan perut buncit walaupun sedang berpuasa.

Sebenarnya, puasa tak menghalang kita untuk mengurangkan berat badan atau mengempiskan perut jika kita mengikut cara yang betul iaitu dengan menjaga pemakanan, bersenam atau minum air teh detox.

Detox akan membuatkan badan kita terasa lebih ringan, perut kempis dan yang penting dapat membuang angin yang ada di dalam badan.

Bahan

Gambar sekadar hiasan

1 uncang teh hijau jenama Boh
1 sudu besar halba
2 cawan air masak
Sedikit halia (ikut citarasa anda mahu letak banyak atau sikit)

Cara-cara

Gambar sekadar hiasan

– Rebus semua bahan hingga mendidih.
– Tuang ke dalam cawan apabila sudah suam.
– Letak sedikit madu jika suka.
– Minum sebelum makan.
– Selamat mencuba! 🙂

Sumber: Hijabista & Petua Bonda