Instagram merupakan salah satu medium perkongsian gambar yang boleh memberi inspirasi sama ada dari segi kerjaya, motivasi, fesyen dan sebagainya.

Selain berkongsi gambar, Instagram juga telah menjadi medium jual beli di antara pemilik perniagaan besar dan kecil. Selebriti juga dapat berkomunikasi bersama peminat di seluruh dunia.

Antara Hijabista yang menjadi pilihan ialah:

1. Neelofa

themalaymailonline.com

Pelakon dan pengacara Neelofa memang mempunyai kelas fesyen tersendiri dan ramai wanita di luar sana menjadikan beliau sebagai idola.

Feed Instagram yang selalu dipenuhi dengan lifestyle yang gah membuatkan beliau mempunyai 5.4 juta pengikut.

2. Dina Tokio

mg.co.za

Fashion Blogger dari United Kingdom ini merupakan ikon fesyen hijab yang amat dikenali. Wanita berdarah Arab – Inggeris ini mempunyai label muslimah tersendiri yang direka olehnya.

Dina Tokio juga mempunyai channel Youtube tersendiri yang sering berkongsi tentang fesyen, gaya hidup dan juga kecantikan.

3. Vivy Yusof

star2.com

Fesyen mogul Malaysia, Vivy Sofinas Yusof merupakan pengasas jenama Duck Scarves, Pengarah Urusan Fashion Valet, isteri dan juga ibu kepada dua cahaya mata.

Sebagai seorang ahli perniagaan yang berpengaruh, Vivy sering berkongsi tips kejayaan dan juga caption di laman Instagramnya yang lucu membuatkan beliau mempunyai 1.4 juta pengikut.

Sumber: RojakDaily.Com