Hari ini kita dikejutkan dengan berita nahas helikopter terhempas berhampiran sebuah sekolah di Taman Melawati, Ampang, dipercayai bertembung dengan sebuah helikopter lain semasa membuat ujian penerbangan.

Menurut jurucakap Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia(JBPM), pihaknya menerima panggilan kejadian pada 11.46 pagi.

“Berdasarkan maklumat awal, kemalangan membabitkan dua helikopter bertembung dan terhempas,” ujarnya.

“Terdapat empat mangsa termasuk seorang wanita. Dua mangsa lelaki tidak sedarkan diri dan disahkan meninggal dunia,” jelasnya.

“Dua mangsa selamat selepas membuat pendaratan cemas di kawasan sekolah,” katanya lagi.

Tambahnya, pasukan bomba masih menjalankan operasi di lokasi kejadian. Selain itu, mayat mangsa dihantar ke Hospital Kuala Lumpur(HKL) untuk proses selanjutnya.

Sumber: Harian Metro