Berikutan pelaksaan Cukai Jualan dan Perkhidmatan (SST) baru-baru ini, harga jualan runcit bagi semua jenama rokok di negara ini akan dinaikkan dalam tempoh tiga minggu akan datang.

bm.therakyatpost.com

Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr Dzulkefly Ahmad, memberitahu bahawa harga produk tembakau termasuk rokok perlu dinaikkan apabila terdapat kenaikan cukai berdasarkan Peraturan 8A Peraturan-Peraturan Kawalan Hasil Tembakau 2004.

“Pelaksanaan Cukai Jualan dan Perkhidmatan (SST) baru-baru ini akan menyebabkan harga bagi semua jenis produk tembakau termasuk rokok kena dinaikkan,” katanya.

Selain itu, dia turut mengumumkan larangan penjualan minuman beralkohol kepada mereka yang berusia 21 tahun ke bawah berkuat kuasa serta-merta.

Tambahnya, semua penjual minuman alkohol wajib mempamer notis ‘Meminum Arak Boleh Membahayakan Kesihatan’ di depan premis masing-masing.

Sumber: mStar