Mulai tengah malam ini, harga minyak bagi petrol RON95 dan RON97 bakal turun empat sen.

Menurut kenyataan Kementerian Kewangan, harga RON95 turun daripada RM1.69 seliter kepada RM1.65 seliter.

Bagi RON97 pula, harga turun daripada RM1.99 seliter kepada RM1.95 seliter.

Di samping itu, harga runcit bagi diesel turun dua sen daripada RM1.86 seliter kepada RM1.84 seliter.

Untuk pengetahuan anda, harga minyak baru akan berkuatkuasa tengah malam ini hingga 10 Julai depan.

“Penurunan ini dipengaruhi oleh perubahan harga minyak yang diproses (refined product), selari dengan harga minyak mentah dunia pada masa ini,” ujarnya.

“Kerajaan akan terus memantau kesan perubahan harga minyak mentah dunia serta mengambil langkah yang bersesuaian bagi memastikan kebajikan dan kesejahteraan rakyat terus terpelihara,” jelasnya.

Sumber: Harian Metro