Harga minyak bagi tempoh tempoh 20 April sehingga 26 April depan menyaksikan harga bagi RON97 naik 12 sen seliter manakala RON95 dan diesel kekal pada harga yang sama.

Difahamkan, harga minyak RON97 terkini ialah RM2.80 seliter berbanding harga lama iaitu sebanyak RM2.68 seliter.

Menurut kenyataan Kementerian Kewangan, harga runcit petrol RON95 kekal pada RM2.08 seliter dan diesel kekal pada RM2.18 seliter.

Difahamkan, harga runcit produk petroleum ditetapkan secara mingguan dengan menggunakan formula Automatic Pricing Mechanism(APM).

“Kenaikan ini adalah berikutan harga produk petroleum yang diproses (refined product) di pasaran dunia yang telah menunjukkan trend peningkatan sehingga melebihi paras USD80 setong,” jelasnya.

“Ini susulan purata harga minyak mentah Brent berdasarkan minggu sebelumnya telah meningkat kepada USD71 setong,” sambungnya.

Sumber: Astro Awani