Minggu ini, harga bagi minyak petrol RON97 bagi tempoh 27 April sehingga 3 Mei depan naik sebanyak 1 sen seliter iaitu daripada RM2.80 seliter kepada RM2.81 seliter.

Walau bagaimanapun, harga minyak RON95 kekal pada RM2.08 seliter dan diesel juga kekal pada RM2.18 seliter seperti minggu lepas, menurut kenyataan Kementerian Kewangan.

Untuk pengetahuan anda, harga runcit produk petroleum ditetapkan secara mingguan menggunakan formula Automatic Pricing Mechanism (APM).

Sumber: Astro Awani