Harga runcit bagi minyak petrol RON95 naik 4 sen menjadi RM1.97 sen seliter dan RON97 juga naik 4 sen menjadi RM2.27 sen seliter bagi tempoh 9 Februari sehingga 15 Februari 2019. Walau bagaimanapun, harga minyak diesel pula kekal tidak berubah pada harga RM2.18 sen seliter.

Menurut Kementerian Kewangan dalam satu kenyataan hari ini, harga produk petroleum yang diproses di pasaran dunia meningkat berbanding minggu lepas iaitu daripada AS$60 setong kepada AS$62 setong bagi petrol RON95 dan daripada AS$72 setong kepada AS$73 setong bagi diesel.

“Peningkatan harga pasaran global ini telah menyebabkan kenaikan harga runcit bagi produk petrol dan diesel. Namun harga runcit petrol RON95 masih lagi di bawah paras penstabilan harga yang dijanjikan oleh Kerajaan iaitu RM2.20 seliter,” jelasnya.

“Bagi produk diesel, peningkatan harga pasaran ini sepatutnya menyebabkan harga runcit diesel di bawah formula APM dinaikkan sebanyak 1 sen seliter iaitu daripada RM2.18 seliter kepada RM2.19 seliter,” sambungnya.

Sumber: Astro Awani