Sebelum ini, Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna(KPDNHEP) menyatakan bahawa kerajaan akan tetap menyumbang subsidi petrol walaupun harga RON95 diapungkan bermula 1 Januari 2020 bagi mengurangkan impak perubahan harga kepada rakyat.

Gambar sekadar hiasan

Timbalan Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna, Chong Chieng Jen, menjelaskan bahawa harga RON95 diapungkan secara berperingkat apabila Program Subsidi Petrol (PSP) bermula.

Menurutnya, keputusan itu dibuat untuk meringankan kos hidup rakyat selain mengelakkan harga barangan naik secara mendadak.

Gambar sekadar hiasan

“Kita akan apungkan harga petrol secara berperingkat, iaitu dua sen atau satu sen seminggu, sehingga harga RON95 sampai harga pasaran. Tetapi untuk Sarawak, kita akan kekalkan harga RON95 iaitu RM2.08,” ujarnya. 

Selain itu, Pengarah Bahagian Rasionalisasi Petroleum Kenderaan KPDNHEP, Amran Ahmad, menjelaskan bahawa kerajaan akan memastikan ia tidak melebihi 5 sen, dengan kos selebihnya ditanggung melalui subsidi setiap kali semakan harga minyak dilakukan.

Gambar sekadar hiasan

Terdahulu, Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail, mengumumkan pelaksanaan PSP yang akan melibatkan 2.9 juta penerima Bantuan Sara Hidup(BSH) berkenderaan.

Kemudian, mereka yang layak akan menerima subsidi petrol sebanyak RM30 sebulan untuk pemilik kereta atau RM12 sebulan untuk pemilik motosikal yang disalurkan dalam bentuk pemindahan tunai dan dikreditkan terus ke akaun bank penerima setiap empat bulan.

Sumber: Astro Awani