Mulai tengah malam ini, harga runcit bagi minyak petrol RON95 dan RON97 akan naik lapan sen.

Menurut kenyataan Kementerian Kewangan, harga RON97 bakal naik daripada RM1.78 seliter kepada RM1.86 seliter.

Sementara itu, bagi RON95 pula, harga akan naik daripada RM1.48 seliter kepada RM1.56 seliter.

Selain itu, harga runcit diesel pula turut naik 10 sen daripada RM1.63 seliter kepada RM1.73 seliter.

“Kenaikan ini adalah dipengaruhi oleh harga minyak diproses yang semakin meningkat, selari dengan harga minyak mentah dunia,” ujar pihak Kementerian Kewangan.

“Kerajaan akan terus memantau kesan perubahan harga minyak mentah dunia serta mengambil langkah bersesuaian untuk memastikan kebajikan dan kesejahteraan rakyat terus terpelihara,” jelasnya.

Sumber: Harian Metro