Harga bagi petrol RON97 dan RON95 masih kekal pada harga RM2.28 seliter dan RM1.98 seliter, namun diesel pula naik satu sen menjadi RM2.18 seliter mulai tengah malam ini.

Menurut kenyataan Kementerian Kewangan, harga runcit terbaru itu adalah untuk tempoh 26 Januari hingga 1 Februari depan.

astroawani.com

Difahamkan, harga baru tersebut ditetapkan berdasarkan penetapan harga runcit produk petroleum secara mingguan menggunakan formula Mekanisme Harga Automatik (APM).

“Harga produk petroleum diproses (refined product) di pasaran dunia bagi diesel pada ketika ini berada pada paras AS$73 setong berbanding petrol RON95 iaitu pada paras AS$62 setong,” ujarnya.

astroawani.com

“Perbezaan kos produk lebih tinggi bagi diesel berbanding petrol disebabkan peningkatan permintaan bagi produk diesel terutama dari China dan peningkatan pengeluaran produk petrol di pasaran global,” sambungnya.

Seperti yang dijanjikan, kerajaan akan menstabilkan harga jualan runcit bagi produk petrol RON95 dan diesel dengan mengekalkan harga jualan runcit masing-masing pada paras RM2.20 seliter dan RM2.18 seliter sekiranya harga pasaran produk melebihi paras harga berkenaan.

Sumber: Harian Metro