Rakyat begitu terbeban apabila harga minyak sentiasa berubah setiap minggu sebelum ini semasa di bawah pimpinan kerajaan terdahulu.

Kini, kerajaan baru telah memperuntukkan sebanyak RM3 bilion subsidi bagi RON95 dan diesel, agar dapat memastikan harga bahan api ini diapungkan di pasaran.

bhplus.com.my

Menurut Menteri Kewangan, Lim Guan Eng, memberitahu bahawa harga RON95 dan diesel adalah kekal, pada harga RM2.20 seliter dan RM2.18 seliter, sehingga akhir tahun ini.

“Jumlah itu (subsidi) boleh dikurangkan, bergantung kepada harga minyak tetapi saya tidak mahu memberikan angka kerana ia turun naik minggu demi minggu,” katanya.

Tambahnya, walaupun harga mungkin akan meningkat, namun kerajaan berusaha untuk tidak menaikkan harga.

Mengulas mengenai harga RON97 yang mencecah RM2.59 seliter, Guan Eng menjelaskan harga itu berdasarkan kepada pergerakan pasaran.

“RON97 tidak menjadi masalah, kerana ia digunakan kenderaan mewah,” ujarnya sebelum mengakhiri perbualan.

Sumber: mStar