Disebabkan laut bergelora dan angin kencang sejak seminggu lalu, bekalan ikan di Pasar Jeti Nelayan Kuala Kedah, Kedah, berkurangan hingga menyebabkan harga ikan semakin mahal.

Gambar sekadar hiasan

Difahamkan, ikan selar serta ikan kembung mengalami kekurangan bekalan seterusnya menyebabkan berlaku peningkatan harga hampir sekali ganda daripada harga biasa.

Malah, ada di antara peniaga juga terkesan dengan keadaan tersebut dan terpaksa menghentikan perniagaan sementara waktu berikutan ketiadaan bekalan ikan.

Seorang peniaga, Rajmah Yussof, 55 tahun, menyatakan bahawa kekurangan bekalan ikan itu berlaku sejak tiga hari lepas kerana keadaan laut yang bergelora serta angin tidak menentu menyebabkan nelayan tidak turun ke laut.

Gambar sekadar hiasan

“Ni pun mereka jual habis tinggi RM12 la, ikan baru dari laut dan tak kena ais lagi, sekilo RM12 mereka jual,” ujarnya.

“Ikan besar ni tak boleh nak kurang, sebab modal dia tinggi. Saya ambil sekilo sampai RM25, saya jual RM35,” jelasnya.

“Contohnya hari ini, ada yang jual ikan kembung dengan harga RM10 sekilogram berbanding biasa hanya RM5,” sambungnya.

Selain itu, antara bekalan laut yang berlaku kekurangan di pasar ialah ikan kembung, ikan selar, ikan kerisi, ikan selayang, sotong serta ketam.

Sumber: Astro Awani