Hari ini, penyanyi terkenal, Nora Ariffin atau nama sebenarnya, Wan Norafizah Ariffin, 47 tahun, telah pun berangkat ke Tanah Suci Mekah bagi mengerjakan ibadah umrah.

Perkara itu dikongsikan olehnya menerusi satu posting yang dimuatnaik di akaun Instagram miliknya awal pagi tadi.

“Bismillahirahmanirahim. Hari ini saya akan mengerjakan umrah. Doakan perjalanan dan ibadah saya lancar dan dipermudahkan,” tulisnya.

“Di sebalik segala suka duka ujian Allah yang saya lalui, harap perjalanan ini permulaan hidup baru yang baik buat saya,” ujarnya.

“Minta maaf buat semua. Saya juga sudah memaafkan semua kerana Allah. Hanya kepada Allah kita berserah,” katanya.

Di samping itu, dia turut meluahkan rasa rindunya kepada dua insan tersayang yang sudah pergi meninggalkannya buat selama-lamanya sebelum ini.

“Alfatihah buat dua insan tersayang. Johan Nawawi dan Muhammad Syakir Alif. #mamarindualif #adadalamtiadabynira,” jelasnya.

Pemergian anaknya secara mengejut itu berlaku selepas dua tahun kematian suaminya, komposer, Johan Nawawi, pada 24 Mac 2017.

Sumber: Gempak & IG Nora