Pantai dan pakaian bikini sudah sinonim sejak zaman dahulu lagi bagi mereka yang bukan beragama Islam. Malah, di negara kita pun ramai pelancong bukan Islam berbikini apabila bercuti di pantai peranginan tempatan.

Gambar sekadar hiasan

Berikutan itu, kerajaan Pas Terengganu tidak akan mengambil tindakan kepada wanita bukan Muslim memakai bikini di pantai dan pulau peranginan dalam negeri tersebut.

“Kita juga tidak merancang untuk mengenakan sesuatu hukuman dan halangan yang keras terhadap pelancong yang bukan beragama Islam termasuk memakai bikini,” kata Pengerusi Jawatan­kuasa Pembangunan Insan, Dakwah dan Penerangan Terengganu, Mohd. Nor Hamzah.

Gambar sekadar hiasan

Menurutnya, keputusan itu dibuat kerana ia adalah hak pelancong bukan Islam serta dianggap biasa di kawasan pelancongan.

“Namun, ada kemungkinan satu perbincangan akan diadakan bersama mereka (pelancong asing) untuk membuat sesuatu perubahan mengikut ke­sesuaian pada masa yang akan datang,” jelasnya.

Sumber: Kosmo Online