Pelakon filem aksi Paskal, Hairul Azreen, 30 tahun, berkongsi berita gembira dengan peminat-peminatnya apabila memuatnaik gambar bersama isteri, Hanis Zalikha, yang kelihatan sedang mengandung anak kedua mereka.

“Alhamdulillah… Insya-Allah, Yusuf Iskandar bakal dapat adik! Rezeki milik Allah. Terima Kasih Allah,” tulisnya.

Pasangan selebriti itu kelihatan sedang bercuti di Tokyo, Jepun, bersama keluarga mereka sejak beberapa hari lalu melalui perkongsian gambar di akaun laman Instagram milik Hairul dan Hanis.

Dilihat beberapa rakan artis turut mengucapkan tahniah kepada mereka dan mendoakan semoga semuanya dipermudahkan untuk isterinya.

Pasangan sama cantik sama padan itu berkahwin pada 5 Jun 2015 di Bukit Jelutong, Selangor dan dikurniakan cahaya mata bernama Yusof Iskandar setahun kemudian.

Sumber: mStar