Hamil merupakan satu perkara yang indah dan paling ditunggu-tunggu oleh golongan isteri selepas berkahwin. Ramai ibu hamil tidak tahu bahawa ada pelbagai fesyen yang anda boleh gayakan ketika hamil.

Tidak terhad kepada baju blouse biasa dan seluar maternity, ada lima inspirasi fesyen di bawah ini anda boleh cuba. Jom cuba!

Baju kimono

shop.bestseller.com

Baju kimono merupakan baju yang sangat selesa untuk dipakai oleh ibu hamil. Bergaya dan selesa dalam satu masa yang sama. Bestnya!

Jubah/Kaftan

eastessenceonline.files.wordpress.com

Selain itu, jubah atau kaftan juga menjadi pilihan ibu-ibu hamil kerana ia mudah untuk dipakai selain tidak perlu memakai skirt atau seluar. Perut juga berasa bebas kerana ianya tidak ketat dan selesa. Malah, ia sesuai untuk dipakai ketika pergi ke majlis perkahwinan atau acara-acara rasmi.

Kemeja longgar

Jika anda mahu kelihatan kasual dan santai, anda boleh pakai kemeja longgar atau loose kerana ia merupakan gaya terkini bagi ibu hamil zaman sekarang. Ia juga mudah didapati selain nampak bergaya.

Tali pinggang bersaiz kecil

Jika anda suka memakai aksesori, anda mungkin boleh menambah satu aksesori tambahan semasa hamil ini iaitu tali pinggang bersaiz kecil. Lilit saja di atas perut anda untuk kelihatan lebih bergaya. Senang dan tampak kemas.

Skirt maternity

jollychic.com

Jika anda bosan memakai seluar mengandung, apa kata anda cuba kelainan dengan memakai skirt mengandung. Padankan skirt maternity bercorak dengan baju polos, anda pasti menyerlah di samping nampak bergaya walaupun perut sudah kelihatan sarat.

Jika anda berminat untuk membeli pakaian mengandung terpakai, berkualiti serta murah, anda boleh layari Salaam Shop untuk maklumat lanjut. Banyak pakaian menarik menanti anda!

Sumber: Wanista