Bukan mudah untuk mencipta nama di persada antarabangsa terutama dalam bidang yang sukar ditawan seperti MotoGp.

Namun, pelumba negara, Hafizh Syahrin Abdullah, berjaya tersenarai top 20 dan mendapat tempat ke-14 ketika membuat penampilan sulung dalam perlumbaan MotoGP Qatar di Litar Antarabangsa Lorail Doha.

Walaupun perlumbaan itu dimenangi oleh pelumba Itali, Andrea Dovizioso, namun Hafizh tetap mengutip dua mata daripada kedudukannya.

Twitter Hafizh Syahrin

Kejayaan Hafizh membuatkan dirinya menjadi ‘muka baru’ kedua terpantas dalam sesi berkenaan selepas Morbidelli dari pasukan EG 0,0 Marc VDS.

Berikut merupakan keputusan pemenang MotoGP Qatar:

1.Andrea Dovizioso (Ducati) 42:34.654s
2. Marc Marquez (Repsol Honda) +0.027s
3.Valentino Rossi (Movistar Yamaha MotoGP) +0.797s
4.Cal Cruthlow (LCR Honda CASTROL) +2.881s
5.Danilo Petrucci (Alma Pramac Racing) +3.821s
… 14. Hafizh Syahrin Abdullah (Monster Yamaha Tech3) +20.299s

Sumber: Berita Harian