Sejak kebelakangan ini banyak video-video dan program berbentuk hiburan dengan meniru gaya wanita tular di media sosial hingga ia menjadi tidak terkawal.

Malah, ada yang melampau hingga membangkitkan perasaan marah orang ramai kerana lawak jenaka mereka agak keterlaluan contohnya berpakaian seperti wanita menari terkinja-kinja di laman sosial dalam bulan yang mulia ini.

twitter.com

Berikutan itu, penyanyi, Hafiz Hamidun, memberi cadangan agar video dan program seperti ini dihentikan kerana ia memberi pengaruh negatif kepada masyarakat kita.

“Nanti bila orang tuduh kamu macam-macam, melenting pulak. Muat naik video, minta ramai-ramai pulak sokong perbuatan itu. Pengajarannya, simpan dosa anda untuk diri sendiri. Jangan bangga dengan dosa. Bukan saja Allah tak suka, semua manusia benci,” tulisnya di akaun laman Twitter miliknya mengenai video terbaru dari seorang Instafamous bernama Faiz Roslan yang dikatakan tidak puasa dan menunjukkan rakannya sedang makan.

twitter.com

Menurutnya, perkara sebegini hanya akan memberi tauladan yang salah kepada masyarakat walaupun ia dianggap sebagai hiburan.

“Cukuplah tak payah dah Mak Jemah dalam radio Era Fm, Faiz Dickie punya Sarabanon, Ucop punya parodi (hanya segelintir disebut). Walaupun sekadar hiburan tapi ini natijahnya,” tambahnya.

Mungkin sesetengah orang menganggap ia hanyalah hiburan semata-mata, tetapi perlu diingat laman sosial kini boleh diakses oleh kanak-kanak dan ini dikhuatiri boleh mempengaruhi golongan muda yang masih tidak tahu lagi untuk membezakan mana buruk dan mana baik untuk dicontohi.

Sumber: mStar