Parlimen Indonesia sebulat suara bersetuju menaikkan had umur berkahwin bagi wanita di negara itu kepada 19 tahun.

Gambar sekadar hiasan

Keputusan itu diambil bagi membendung amalan perkahwinan bawah umur yang semakin membimbangkan. Sebelum ini, Indonesia meluluskan kebenaran untuk wanita yang berumur 16 tahun untuk berkahwin, manakala 19 tahun bagi lelaki.

Negara itu berada pada kedudukan kelapan dalam senarai negara yang merekodkan perkahwinan bawah umur paling tinggi.

Menurut Tabung Kanak-Kanak Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu(UNICEF), sebanyak 14 peratus gadis di Indonesia sudah berkahwin sebelum usia 18 tahun dan satu peratus sudah menikah sebelum hari jadi ke-15 tahun mereka.

Sumber: Sinar Harian