Selepas kes perkahwinan melibatkan kanak-kanak perempuan Thailand berumur 11 tahun dengan lelaki warganegara ini berumur 41 tahun, banyak pihak tampil untuk meminta had minima umur kahwin dinaikkan.

Terbaru, Sidang Dun Selangor meluluskan Rang Undang-Undang (RUU) Enakmen Keluarga Islam Negeri Selangor 2003 (Pindaan) 2018 bagi menyelaraskan had umur minima perkahwinan orang Islam perempuan daripada 16 kepada 18 tahun di Selangor.

Gambar sekadar hiasan

Perkara itu diumumkan oleh Speaker Dun Selangor, Ng Suee Lim mengenai kelulusan RUU itu setelah disokong sebulat suara anggota Dun.Menteri Besar, Amirudin Shari ketika membentangkan usul itu turut memberitahu, terdapat keperluan memperkemaskan permohonan umur pasangan dengan pindaan dan memasukkan peruntukan supaya tidak bercanggah dengan hukum syarak dan memelihara kebajikan wanita.

“Dalam permohonan pernikahan di Mahkamah Syariah hanya salah seorang ibu atau bapa atau penjaga diperlukan untuk memulakan proses bagi membolehkan permohonan difailkan walaupun tidak mendapat kerjasama permohonan daripada keluarga,” ujarnya

“Notis permohonan di Mahkamah Syariah itu hendaklah disertakan bersama dengan afidavit sokongan oleh penjaga dengan menyatakan alasan, kemampuan dari kesihatan dan memberikan nafkah dan juga pernyataan sama ada dirinya pernah disabit kesalahan jenayah atau tak,” jelasnya.

Difahamkan, keputusan tersebut dibuat selepas perbincangan secara mendalam mengenai pernikahan bawah umur antara agensi kerajaan termasuk Jabatan Kehakiman, Majlis Agama Islam Selangor (Mais), Jabatan Mufti, para akademik dan badan bukan kerajaan bagi kaedah penyelesaian masalah itu.

Sumber: mStar