Bukan mudah untuk kita mengajar anak menghafal al-Quran terutama semasa mereka masih kecil lagi. Walau bagaimanapun, ia bukanlah mustahil untuk dilakukan jika anak di-didik dengan cara yang betul.

Seorang pengguna laman Facebook, Syukri Wafi, yang juga merupakan seorang guru berkongsi kisah mengenai salah seorang pelajarnya berusia 13 tahun sudah mampu menghafal 27 juzuk al-Quran.

Ada satu cerita menarik aku nak kongsi sebagai motivasi kepada ibu bapa, kawan-kawan, adik-adik sekalian. Pelajar ni namanya Idham Rifqi, umur 13 tahun tingkatan satu. Selesai pendaftaran masa hari first, ayahnya pesan:

“Ustaz, tengokkan anak saya ni lebih sikit ya, bagi sikit ustaz kalau dia malas-malas. Dia dah hafal 27 juzuk ustaz, kalau dia malas mengulang ustaz bagi sikit,” sambungnya lagi.

Aku terkejut, kagum rasa dengan ayahnya. Bermula dari umur 7 tahun, Idham dah mula menghafal al-quran. Bukan senang tau nak didik seawal usia 7 tahun, ketika inilah anak-anak sedang sibuk dengan dunia sendiri nak bermain. Idham ni 5 beradik, dia anak yang ke 4. Setakat ni dah 4 orang termasuk dia menghafal al-quran. Hanya dia seorang lelaki, kakak-kakaknya semua menghafal al-quran dari kecil. Boleh diiktiraf keluarga mithali macam ni. Bermakna, dari darjah 1 sehingga darjah 6, Idham berjaya menghafal 27 juzuk. Wow, itu pencapaian yang menakjubkan. Aku waktu ni masih tergagap-gagap kot baca al-quran. Al-quran tak jadi beban pun sebenarnya pada Idham, keputusan UPSR Idham 3A 2B 1C. Ni sambil menghafal al-quran sambil belajar akademik tau. Sepenuh masa pulak tu duduk di asrama dari darjah 1.

“Tuan, share la sikit tips macam mana boleh anak-anak macam ni,” tanya aku pada ayahnya.

“Ustaz, ada 2 benda yang saya tak pernah tinggal. Pertama, dari waktu kecil sehingga dewasa sekarang, saya tak pernah tinggal doa minta pada Allah berikan zuriat yang soleh. Kedua, saya keringkan hati korbankan anak saya untuk menghafal al-quran. Saya cuba tidak manjakan dia berlebihan bila berkaitan dengan pelajaran dan al-quran,” ujar ayah pelajar itu.

Hari pertama minggu ni, dia baca kat aku dengan muka selamba sejuzuk (20 mukasurat). Belum terlambat sebenarnya kita nak jadikan contoh didikan macam ni pada anak-anak, biar mereka ikut jejak langkah orang yang hebat-hebat.

Apa aku nak sampaikan ialah IBU BAPA adalah GURU yang paling utama ketika anak waktu kecil. Guru yang paling hebat ialah IBU BAPA.

Sumber: FB Syukri Wafi