Baru-baru ini, pihak kerajaan Arab Saudi membuat pengumuman bahawa jemaah luar negara yang datang ke negara itu untuk menunaikan umrah dibenarkan untuk melawat kesemua bandar yang ada dengan hanya menggunakan visa umrah.

Gambar sekadar hiasan

Walau bagaimanapun, para jemaah hanya boleh melawat bandar dalam tempoh 30 hari dan 15 hari wajib digunakan untuk melawat dua masjid besar di Mekah dan Madinah, menurut Ketua Kementerian Haji dan Hal Ehwal Umrah, Abdulaziz Wazzan.

Tambahnya, kira-kira 8.5 juta visa umrah bakal dikeluarkan dalam tempoh 10 bulan akan datang berbanding tahun lepas yang mencatat lebih tujuh juta visa telah dikeluarkan.

Biasanya, umrah dibuka kepada semua umat Islam di dunia ini selama 10 bulan di mana pihak kerajaan Arab Saudi amat mengalu-alukan kedatangan umat Islam datang ke sana bagi menunaikan ibadah umrah.

Difahamkan, pelaksanaan itu dilakukan kerana negara tersebut mahu mempromosikan industri pelancongan kerana mahu bersiap-sedia mengenai era pengeluaran minyak yang bakal berakhir.

Sumber: Saudi Expat News