Gula-gula jenama White Rabbit merupakan salah satu gula-gula kegemaran sejak kita kecil lagi namun tidak diketahui status halalnya yang sebenar.

Sebelum ini, status halal White Rabbit menjadi perbualan hangat warga laman sosial dan kini Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri hal ehwal agama, Fuziah Salleh, menjelaskan status produk tersebut.

“Saya telah pun mendapat maklum balas daripada pihak JAKIM. Ujian mendapati terdapat gelatin dari sumber haiwan babi bo-vign dan gelatin dari sumber lembu yang tidak boleh disahkan halal,” ujarnya.

Menurutnya, status halal gula-gula White Rabbit itu telah dibuktikan menerusi beberapa siri ujian makmal yang dijalankan oleh Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM).

“Ini tanggungjawab pengguna, bagi pihak JAKIM pula saya telah meminta mereka menulis surat kepada beberapa kementerian untuk siasatan lanjut kerana produk ini tidak menulis gelatin jenis apa,” jelasnya yang menyatakan kandungan tidak jelas boleh mengelirukan pengguna.

Sumber: Gempak