Golongan ibu bapa pasti sedang sibuk menyiapkan kelengkapan sekolah untuk anak-anak mereka yang bakal menjalani sesi persekolahan baru pada 2 Januari ini. Difahamkan, tambang bas sekolah tidak akan dinaikkan bermula 1 Januari 2019.

Jaminan harga tambang tidak naik itu diberi oleh Presiden Gabungan Persatuan Bas Sekolah Malaysia (GPBSM), Mohd Ropik Mohd Yusof, di sebalik penetapan harga minyak runcit secara mingguan.

Gambar sekadar hiasan

Menurutnya, penetapan tambah bas sekolah itu adalah susulan pelaksanaan tambah regulasi yang ditentukan oleh ibu bapa dan pengendali bas.

“Walaupun apungan minyak akan diadakan secara tiap-tiap minggu, ia tidak akan jejaskan kepada apa-apa perubahan kepada tambang pada 2019,” ujarnya.

Jika pihak ibu bapa merasakan tambang bas terlalu mahal, anda masih mempunyai pilihan untuk menggunakan perkhidmatan bas sekolah dengan kadar tambang yang lebih setimpal.

Gambar sekadar hiasan

Oleh itu, Ropik berharap agar Kementerian Pengangkutan meluluskan permohonan mereka supaya harga diesel ditetapkan pada kadar RM1 seliter kepada semua pengusaha bas sekolah.

“Usaha kami di peringkat GPBSM ini telah lama dan kita telah mohon supaya kadar minyak diseleraskan kepada semua bas sekolah dengan kadar RM1, sama macam yang dinikmati nelayan,” jelasnya.

“Jadi kami harap permohonan ini daripada kami seluruh negara ini dapat perhatian kerajaan supaya diselaraskan RM1 untuk bas sekolah sahaja,” tambahnya.

Permohonan tersebut telah dibuat secara rasmi kepada Menteri Pengangkutan, Anthony Loke Siew Fook, sewaktu merasmikan mesyuarat agung tahunan mereka baru-baru ini.

Sumber: Astro Awani