Perbuatan menggoncang kereta sambil mengisi minyak sering dilakukan oleh sesetengah orang kerana beranggapan ia akan membuatkan lebih banyak petrol diisi ke dalam kereta mereka.

Namun, betulkah perbuatan tersebut membuatkan petrol diisi sehingga tangki minyak penuh pada kadar maksimum? Seorang mekanik menjawab persoalan mengenai perbuatan ini dalam video di bawah ini.

Menurut video dari laman Facebook, ROADS.sg, seorang mekanik berpengalaman bernama Vincent menjawab persoalan tersebut dengan menjelaskan bahawa menggoncang kereta sebenarnya satu perbuatan yang sia-sia kerana ia sama sekali tidak membantu anda memenuhi tangki minyak kereta dengan petrol yang diisi.

Difahamkan, minyak petrol akan mengeluarkan buih yang memenuhi ruang tangki kereta semasa mengisi minyak dan akan mengambil masa untuk buih hilang.

Oleh itu, anda harus menunggu seketika sebelum sambung mengisi petrol ke dalam tangki daripada mengisi petrol sambil menggoncangkan kereta untuk mendapatkan kandungan petrol yang lebih banyak.

Namun, kereta anda juga berpotensi untuk rosak jika mengisi minyak lebih daripada paras yang sepatutnya. Jadi, isilah minyak dengan bijak supaya kereta anda tidak rosak dan ikut cara yang betul.

Sumber: The Vocket