Minggu depan, terdapat 15 kawasan di Gombak dan 17 di Hulu Selangor akan terjejas dengan gangguan bekalan air sementara berikutan pelaksanaan kerja menaik taraf sistem bekalan air di Kolam Sedut Bukit Kanching.

Pengurusan Air Selangor Sdn Bhd(Air Selangor), menjelaskan bahawa gangguan bekalan air selama 20 jam itu akan bermula pukul 9 malam Khamis(28 November) sehingga pukul lima petang keesokan harinya.

“Bekalan air akan dibuka sejurus kerja menaik taraf siap dan disasarkan pulih sepenuhnya pada 5 petang Jumaat (29 November),” ujarnya.

Antara kawasan yang bakal terjejas di Gombak ialah Aman Siara, Kampung Selayang Permai, Selayang Heights, Bandar Baru Selayang, One Sierra, Taman Bukit Idaman, Idaman Hill, Perdana Residensi, Taman Puncak Templer, Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Gombak, Perindustrian Taman Selayang Baru, Taman Selayang Baru, Kampung Selayang Baru, Prima Selayang dan Taman Selayang Segar.

Manakala di Hulu Selangor, kawasan yang terjejas ialah Dolomite Templer, Prima Ville, Taman Mawar 355, Kampung Melayu Batu 16, seluruh perniagaan Reef/Tesco, Taman Setia, Kampung Sungai Samak, Rawang Perdana, Taman Setia Jaya, Perindustrian Massalam, Taman Tun Perak, Taman Tun Teja, sebahagian Bukit Rawang Putra (flat), Taman Desa Sri Bayu, Templer Saujana, seluruh kawasan Templer dan Taman Kanching Jaya.

Difahamkan, Air Selangor akan menggerakkan bantuan lori tangki air dengan keutamaan kepada premis kritikal serta kecemasan semasa gangguan bekalan air berlaku.

Sumber: Harian Metro