Bukan semua orang mampu untuk makan makanan berkhasiat kerana faktor kewangan yang menyebabkan golongan pendapatan rendah bandar memilih makanan lebih murah tanpa mengira zat makanan.

Menurut penganalisis ekonomi bebas, Dr Madeline Berma, kebanyakan keluarga di kawasan bandar mampu untuk sediakan makanan kepada keluarga tetapi tahap kualiti zat makanan bukanlah keutamaan golongan tersebut.

Gambar sekadar hiasan

“Selalunya mereka akan mengorbankan pembelian makanan berkhasiat dan menggantikannya dengan makanan yang lebih murah,” ujarnya.

Tambahan pula, mereka juga akan mengorbankan faktor khasiat makanan lain seperti bijirin, protein, dan buah-buahan.

Gambar sekadar hiasan

Malah, golongan ini juga lebih gemar membeli makanan berdasarkan harga dan lokasi kedai yang berhampiran dengan rumah kerana mereka amat mengambil kira faktor kos pengangkutan.

Selain itu, Laporan Tabung Kanak-Kanak Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNICEF) membabitkan tinjauan di projek perumahan rakyat (PPR) sekitar Kuala Lumpur mendapati sebanyak 15% kanak-kanak bawah lima tahun mengalami masalah kekurangan berat badan.

Bukan itu saja, sebanyak 22% pula mengalami tumbesaran terbantut daripada golongan kanak-kanak di kawasan yang sama.

Diharap ibu bapa dapat memantau pemakanan anak-anak anda supaya mereka mendapat khasiat makanan secukupnya agar dapat membesar secara sihat.

Sumber: Astro Awani