Negara yang mempunyai penduduk Islam paling ramai di dunia, Indonesia, menyaksikan permusuhan orang awam dan negara terhadap komuniti lesbian, gay, biseksual dan transgender(LGBT), dua hari lalu.

Difahamkan, suruhanjaya hak asasi manusia Indonesia mengutuk Pejabat Peguam Negara(AGO) kerana melarang golongan LGBT memohon jawatan dalam sektor perkhidmatan awam.

Laman web AGO menyenaraikan kriteria pemohon dengan menyatakan pemohon tidak boleh mempunyai gangguan fizikal atau mental serta orientasi seksual dan tingkah laku yang menyimpang.

“Kami mahukan mereka yang normal. Semua agama melarang perlakuan seperti itu. Calon yang ingin menjadi pendakwa raya perlulah tegas dan profesional,” ujar pihak AGO, Mukri.

Malah, agensi itu turut menjelaskan bahawa pemohon tidak boleh buta warna, mempunyai tatu atau bertindik dengan berat badan tertentu.

Untuk pengetahuan anda, sebanyak 74 kementerian dan agensi di Indonesia serta 467 pentadbiran tempatan mula melantik calon baru kakitangan awam bulan ini.

Sumber: Harian Metro