Golongan selebriti Internet atau lebih dikenali sebagai Instafamous bakal dikenakan cukai jika mereka mempunyai pendapatan daripada ulasan berbayar(paid review), sokongan jenama serta perniagaan melalui media sosial tertakluk kepada cukai pendapatan jika pendapatan mereka melebihi RM5,000 sebulan.

ohbulan.com

Ketua Pegawai Eksekutif Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN), Datuk Seri Sabin Samitah, memberitahu bahawa golongan tersebut disyorkan datang ke pejabat mereka untuk mendapatkan nasihat pengisytiharan pendapatan serta kiraan cukai.

ohbulan.com

“Kami menggunakan medium seperti televisyen dan radio untuk sampai kepada mereka, malah bekerjasama dengan pertubuhan bukan kerajaan untuk pergi ke sekolah dan universiti bagi mewujudkan kesedaran mengenai perkara itu,” jelasnya.

ohbulan.com

Menurutnya, pihak LHDN akan mengesan individu yang gagal mengisytiharkan pendapatan apabila syarikat-syarikat yang menggunakan perkhidmatan mereka mengisytiharkan cukai.

Selain itu, mengikut Akta Cukai Pendapatan 1967, kanak-kanak bawah umur yang memperolehi pendapatan yang tinggi juga tertakluk pada bayaran cukai.

Sumber: Sinar Harian