Bagi mengurangkan risiko dijangkiti Covid19, wanita yang berpurdah serta berniqab dinasihatkan memakai penutup muka di sebalik purdah yang dipakai.

Semalam, Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah, menyatakan bahawa pemakaian purdah dan berniqab tidak mampu menghalang mereka daripada dijangkiti.

“Seperti yang dimaklumkan Majlis Keselamatan Negara(MKN), kita diwajibkan memakai penutup muka di tempat awam bermula pada 1 Ogos lalu. Ada dua jenis penutup muka yang boleh dipakai untuk tujuan pencegahan iaitu penutup muka perubatan dan bukan perubatan,” ujarnya.

Gambar sekadar hiasan

“Pelitup muka bukan perubatan disyorkan untuk mereka yang tidak bergejala tetapi berada di tempat awam dan Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) mengesyorkan penutup muka yang mempunyai tiga lapisan fabrik, jadi kita perlu mengikut syor WHO,” jelasnya.

Berikutan itu, dia mencadangkan individu memakai purdah atau niqab untuk memakai penutup muka perubatan atau fabrik tiga lapisan di sebalik purdah yang dipakai.

Sumber: Berita Harian