Dengan lambakan pelbagai jenis makanan berlemak, berminyak dan kurang khasiat secara tak langsung membuatkan orang ramai terutama golongan belia kurang makan buah-buahan dalam kehidupan harian mereka.

Purata perkapita pengambilan buah di negara Malaysia adalah sekitar 63 kilogram (kg) sahaja untuk setahun berbanding negara-negara lain.

womenshealthmag.com

Pengerusi Jawatankuasa Bertindak Pertanian dan Industri Asas Tani Negeri Sembilan, Bakri Sawir, memberitahu rakyat negara ini makan buah-buahan secara purata 120 gram sehari atau 1 kg seminggu dan 5 kg sebulan.

“Jumlah ini lapan kali ganda jauh lebih rendah berbanding sasaran Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) yang menetapkan pengambilan buah-buahan dalam kehidupan seharian sekitar 400kg setahun,” jelasnya.

setaliste.com.mk

Menurutnya, amalan pengambilan buah-buahan dilihat masih rendah di negara ini dan perlu ditingkatkan berbanding negara jiran, Singapura dan Thailand yang mengambil buah sekitar 100 kg setahun.

Kesimpulannya, tak salah jika kita mahu makan makanan lain tetapi lebihkan pengambilan buah dalam kehidupan seharian kerana ia baik untuk kesihatan bak kata pepatah, “An apple a day keeps the doctor away”.

Sumber: Kosmo Online