Seorang pemilik kedai nasi kandar di pekan Napoh, Jitra, berusia 57 tahun dikenakan kompaun sebanyak RM1,000 kerana ingkar arahan kuarantin di rumah.

Gambar sekadar hiasan

Ketua Polis Daerah Kubang Pasu, Superintendan Mohd Ismail Ibrahim berkata, lelaki tersebut dikatakan pulang dari India pada 13 Julai lalu dan perlu menjalani kuarantin wajib di rumah selama 14 hari.

Walaupun keputusan ujian saringan Covid19 setakat ini disahkan negatif, namun dia perlu menjalani ujian saringan kedua pada minggu depan.

Berikutan itu, pihaknya pergi ke kedai lelaki itu sebaik menerima laporan dari penduduk di kawasan terbabit.

“Pihak kami mengambil keterangan dan mengeluarkan kompaun di hadapan kedainya selepas mendapati dia masih memakai gelang merah jambu (pink),” ujarnya.

“Lelaki itu sepatutnya mengikut arahan kuarantin di rumah selama 14 hari dan bukannya berada di tempat terbuka,” jelasnya.

Berdasarkan hasil soal siasat, lelaki berkenaan memberi alasan mahu melihat kawasan premis kedainya.

Orang ramai dinasihatkan supaya memaklumkan kepada polis jika anda terserempak individu memakai gelang merah jambu berada di tempat awam.

Sumber: Harian Metro