Selepas bumi Lombok dilanda gempa bumi seminggu yang lalu, semalam mereka digemparkan dengan gempa bumi terbaru yang menyebabkan 82 orang maut dan berpuluh lagi cedera dalam kejadian tersebut.

Dikatakan gegaran tersebut berukuran 7 magnitud berlaku pada kedalaman 10 kilometer kira-kira pukul 6.46 petang waktu Jakarta.

bbc.com

Gempa terbaru itu merupakan gempa kedua yang menyebabkan kematian di pulau tumpuan pelancong itu dan antara yang maut adalah seorang kanak-kanak berusia satu tahun dan warga emas berumur 72 tahun.

Menurut Jurucakap agensi bencana nasional, Sutopo Purwo Nugroho, memberitahu bahawa ratusan mangsa mengalami kecederaan akibat gegaran tersebut.

Kebanyakan mangsa maut berlaku di utara Lombok, iaitu jauh dari destinasi pelancongan utama di selatan dan barat pulau berkenaan. Menurut pegawai penyelamat, banyak kerosakan berlaku di bandar utama Lombok iaitu di Mataram.

Difahamkan, kesan gegaran turut dirasai sehingga ke Bali termasuk Lapangan Terbang Bali. Diharap rakyat Malaysia sedang bercuti di sana berada dalam keadaan selamat dan semua mangsa dapat diselamatkan.

Sumber: mStar