Gempa bumi merupakan bencana alam yang amat menakutkan bagi manusia kerana kita tidak tahu bila dan di mana ia akan terjadi serta boleh meragut nyawa jika gempa kuat.

Gambar sekadar hiasan

Satu gempa bumi sederhana berukuran 5.2 pada skala Richter telah melanda selatan Sumatera, Indonesia pada awal pagi tadi iaitu pukul 7.27 pagi.

Menurut Jabatan Meteorologi Malaysia, pusat gempa tersebut terletak kira-kira 10 kilometer(km) tenggara dari Sawah Lunto, Indonesia, pada kedalaman 10km.

Walau bagaimanapun, tiada ancaman tsunami kepada Malaysia. Semoga kita semua berada di bawah lindunganNya dan berharap negara kita terlindung daripada bencana alam yang tidak diingini.

Sumber: Sinar Harian & Bernama