Seorang gadis menggunakan selimut tebal, lembut dan empuk sebagai alas untuk solat menjadi satu pengalaman lucu yang tak akan dilupakannya kerana gambaran wajahnya melekat di alas selimut tersebut selepas dia bangun dari sujud.


Situasi lucu itu diceritakan oleh rakannya di laman Twitter dan mendapat 32,465 Retweets serta 13,378 Likes.

“Member aku solat beralaskan selimut lepas tu ada face print dekat selimut tu. Bayangkan bangun dari sujud kena tahan gelak sebab taknak batal solat,” tulis gadis dikenali sebagai @KhalisyaAzmi di laman sosial itu.

Ramai warga laman sosial turut terhibur dengan perkongsian gadis tersebut dan tergelak dengan kejadian yang tak disangka-sangka itu.

Kadang-kadang pasti ada perkara lucu yang tak disengajakan berlaku dalam kehidupan seharian kita. Apa perkara paling lucu yang anda pernah alami dalam hidup?

Sumber: Twitter @KhalisyaAzmi