Sebahagian kawasan di Negeri Sembilan iaitu Seremban, Port Dickson, Rembau, Tampin dan Jelebu mengalami gangguan bekalan air selama 24 jam mulai pukul 8 pagi tadi sehingga esok pagi, menurut Syarikat Air Negeri Sembilan Sdn Bhd (SAINS).

Gambar sekadar hiasan

Ketua Bahagian Perhubungan Awam SAINS, Norzita Ismail, menjelaskan bahawa gangguan bekalan air diramalkan berlarutan sehingga 8 pagi pada hari berikutnya adalah disebabkan kerja-kerja pengalihan dan penyelenggaraan paip di Loji Rawatan Air.

Menurutnya, antara kawasan yang terjejas di daerah Seremban ialah Taman (Tmn.) Ulu Lalang, Kampung (Kg.) Solok, Kg. Ribu, Kg. Sega Ulu, Sega Hilir, Jalan (Jln.) Kuala Sawah, Ladang Kuala Sawah, Kg. Nyatoh, Rumah Rakyat Nyatoh, Kg. Belangkan, Industri Nilam Ribu, Tmn. Bandar Ekar, Pekan Rantau, Kg. Takau, Kg. Pening, Kg. Kancong, Tmn. Rantau, Jln. Air Kuning, Tmn. Permata, Kg. Siliau Hulu, Kg. Siliau Hilir, Ladang Siliau, Kg. Sungai (Sg.) Sendayan, Tmn. Pinggiran Senawang, Sekolah (Sek.) Datuk Abdul Razak, RTM, Kilang GMP, Hentian Rehat dan Rawat Senawang dan Senawang Perdana.

Selain itu, turut terjejas ialah Tuanku Jaafar Power Station, Hotel Leparis, Klinik Kesihatan (Hospital Lama), Seafront Hotel, Hotel Lexis, Glory Beach Resort, Hotel Grandpa Dataran Segar, seluruh kawasan Pekan Lukut sehingga seluruh kawasan Spring Hill, Kualiti Alam, Jimah Power Plant, dari Escort Estet, Kg. Sawah Sunggala, Bandar Sunggala, Kawasan Tmn. Sirusa Jaya Bt. 6 Jln. Pantai, seluruh Kawasan Bt. 5 Jln. Pantai, Kg. Baru Sirusa, Jln. Sua Betong, Tmn. Desa PD, Kg. Barisan, kawasan Air Kuning sehingga kawasan Tampin Linggi, dari kawasan Bt. 4 Jln. Pantai, kawasan Kg. Bagan Pinang, Tmn. PD Utama, Tmn. Raja Zainal, Tmn. Too Kee Kah dan Transit Kuarters.

Malah, kawasan lain yang terjejas ialah di Jln. Shell Refinery, Happy Garden, kawasan Bt. 1, Jln. Pantai sehingga seluruh kawasan Pekan PD, dari Pekan PD Jln. Lama, Kg. Chokra, Tmn. Muhibah, Tmn. Puteri, Kg. Arab, Tmn. PD Akasia, Kg. Air Meleleh, Kg. Gelam, Tmn. PD Tropika,Tmn. Sri Mawar, Jln. Bypass, kawasan Kg. Paya, Tanjung Gemok, Tmn. Kiara, Tmn. Sri Intan, Tmn. Ria, Tmn. Negeri Lama dan Baru, Tmn. Pantai Mas dan Kg. Kuala Lukut, Bandar Dataran Segar, Tmn. Sentosa Lama dan Baru, Tmn. PD Jaya, Tmn. Naga, Tmn. Indah Baru, Tmn. Bandar Baru, Tmn. Indah Wang, Tmn. Aman, Tmn. Bukit Tinggi, Rumah Rakyat Pekan Lukut, Tmn. Desaru, kawasan Sri Parit, Tmn. Indah Jaya, Perindustrian Lukut Indah, Tmn. Wawasan, Tmn. Jaya, Tmn. Tun Sambathan, seluruh kawasan Pekan Lukut sehingga kawasan Spring Hill, kawasan Bt. 6 Jln. Seremban, Bt. 7 Jln. Seremban sehingga kawasan Simpang Siliau, dari simpang Bukit Palong, Perindustrian Bukit Palong, Tmn. Lukut Makmur, Tmn. D’Pinggiran Kota, Tmn. D’Ambang Kota, Perindustrian Perdana Bukit Palong, Kebun Jimah, Jimah Lama, Kg. Cina Site C Tanah Merah, Tmn. Jimah Jaya, Tanah Merah Site C, seluruh kawasan Bukit Pelandok dan seluruh kawasan Chuah.

Di daerah Rembau pula ialah Kg. Sri Kendong, Rumah Rakyat Sri Kendong, Kg. Lama Kendong, Kg. Baru Kendong, Kg. Padang Lebar Kota, Rumah Rakyat Kota Fasa 1,2, Kg. Chik Tamby, Kg. Gadong, Ulu Pari, Kem PLKN, Klinik Desa Gadong, Sek. Men. Agama Hj. Mohd Yatim, Kg. Seberang Paya, Kg. Batang Nyamor, Kg. Tengah Chengkau Ulu, Kg. Chengkau Ulu Seberang, Kg. Baru Chengkau Ulu, Kg. Jeram, Legung Jaya, Tmn. Sri Kota, Tmn. Gadong, Kg. Bkt. Keledang, Pekan Kota, Rumah Rakyat Kota Fasa 1, Legung Ulu, Legung Hilir, Semelenggang, Kg. Agam, Rumah Rakyat Astana Raja, Kg. Air Melintang, Tmn. Azizah, Kg. Solok Astana Raja, Kg. Semerbok dan Kg. Batang Merbok.

Gambar sekadar hiasan

Selain itu, Kg. Sri Kendong, Rumah Rakyat Sri Kendong, Kg. Lama Kendong, Kg. Baru Kendong, Kg. Padang Lebar Kota, Rumah Rakyat Kota Fasa 1,2, Kg. Chik Tamby, Kg. Gadong, Ulu Pari, Kem PLKN, Klinik Desa Gadong, Sek. Men. Agama Hj. Mohd Yatim, Kg. Seberang Paya, Kg. Batang Nyamor, Kg. Tengah Chengkau Ulu, Kg. Chengkau Ulu Seberang, Kg. Baru Chengkau Ulu, Kg. Jeram, Legung Jaya, Tmn. Sri Kota, Tmn. Gadong, Kg. Bkt. Keledang, Pekan Kota, Rumah Rakyat Kota Fasa 1, Legung Ulu, Legung Hilir, Semelenggang, Kg. Agam, Rumah Rakyat Astana Raja, Kg. Air Melintang, Tmn. Azizah, Kg. Solok Astana Raja, Kg. Semerbok dan Kg. Batang Merbok.

Di daerah Tampin ialah Kg. Anak Air Durian Daun, Kg. Pondoi, Kg. Keru, Kg. Ulu Yuh, Tmn. Repah Baru, Tmn. Desa Permai, Tmn. Gunung Mas, Kg. Repah, Rumah Rakyat Repah, Hospital Tampin, Pusat Commersial Repah, Industri Kecil Repah, Kg. Baru Tampin, Tmn. Bahagia Tampin, Kg. Tampin Tengah, Tmn. Tampin, Kg. Dusun Tampin, Jln. Gemas, Tmn. Bukit Tampin, Tmn. Sri Belian, Tmn. Woon, Tmn. Sri Intan, Quartes Ibu Pejabat Polis Daerah Tampin, Jln. Seremban, Kg. Chenderam, Kg. Kolam Air, Tmn. Rasa Sayang, Tmn. Ametis, Tmn. Jaya, Tmn. Suria, Tmn. Bunga Raya, Tmn. Regent, Tmn. Gemencheh Baru, Tmn. Bukit Gemencheh, Tmn. Batang Melaka dan Pekan Batang Melaka.

Manakala di daerah Jelebu melibatkan seluruh Mukim Ulu Klawang, seluruh kawasan Pekan Kuala Klawang, Hospital Besar Daerah Jelebu, Mukim Ulu Jelebu, Mukim Peradong, Petaseh, Kerangai dan Pekan Petaling.

“Bekalan air akan disambungkan semula secara berperingkat selepas jam 8 pagi Rabu ini(esok). Bagaimanapun, beberapa kawasan tinggi dijangka mengalami tempoh pembaikan lebih lama,” ujarnya.

Untuk pengetahuan anda, jika sesiapa yang memerlukan bantuan boleh menghubungi SAINS di talian bebas tol 1-800-88-6982.

Sumber: Astro Awani & Bernama