Selepas gempar dengan kejadian seorang imam dan juga pensyarah berasal dari Palestin, Dr Fadi Albatsh, ditembak mati semasa dalam perjalanan ke masjid Ahad lepas, pihak polis kini mendedahkan gambar salah seorang suspek kes tersebut.

Menurut Ketua Polis Negara, Tan Sri Mohamad Fuzi Harun, berkata bahawa beberapa saksi mengenalpasti suspek berdasarkan penemuan motosikal berkuasa tinggi yang digunakan suspek di Tasik Danau Kota pada pagi semalam dengan nombor pendaftaran BKJ 413.

“Kita percaya suspek masih berada dalam negara. Dia mungkin mengubah penampilannya sekarang memandangkan dia kini diburu polis,” jelasnya pada sidang media di Bukit Aman, pagi ini.

Semoga suspek segera ditangkap dan dijatuhkan hukuman yang setimpal tidak lama lagi. Takziah kepada keluarga allahyarham.

Sumber: mStar