Ekoran tular di media sosial mengenai isu pengusaha restoran perlu mengambil tukang masak tempatan, ramai warga laman sosial meluahkan perasaan tidak puas hati dengan tindakan tersebut.

sinarharian.com.my

Malah, Presiden Pengusaha Restoran Muslim Malaysia (Presma), Ayoob Khan Muhamad Yakub, memberitahu sedia untuk menawar gaji lumayan untuk penebar roti canai mahir warga tempatan iaitu dari RM1,600 ke RM1,800.

Gambar sekadar hiasan

Menurutnya, gaji ditawarkan itu sama banyak dengan gaji pekerja asing yang lain, malah ada yang mencecah RM7,000 sebulan.

“Bagi saya jika ada pekerja tempatan mahir dan sanggup bekerja selama lapan jam tak ada masalah,” tambahnya.

Sumber: Astro Awani