Kecoh seketika apabila pihak kerajaan mengambil keputusan untuk menaikkan gaji minimum di negara ini sebanyak RM1050 dan RM5.05 sejam bermula tahun depan.

Ramai yang tidak berpuas hati dengan jumlah yang dinaikkan kerana ia terlalu sedikit dan ditakuti membuatkan rakyat tidak mahu kekal berkhidmat dalam negara ini.

Gambar sekadar hiasan

Pengerusi Jawatankuasa Kepenggunaan, Sumber Manusia dan Perpaduan negeri, Dr S Ramakrishnan, memberitahu cadangan gaji minimum seharusnya dinaikkan sehingga RM1500 dengan kadar segera agar dapat menggalakkan ramai rakyat kekal berkhidmat di negara ini serta mengurangkan kebergantungan kepada pekerja asing.

Selain itu, kenaikan jumlah gaji tersebut turut seiring dengan kos sara hidup yang semakin meningkat selain menjadi dorongan bagi menarik pekerja tempatan.

“Gaji minimum ini amat serius, kita mahu naikkan kepada RM1,500 tetapi kenaikan yang diumumkan RM1,050 yang nilainya kecil menyebabkan pekerja tidak berpuas hati,” ujarnya.

Walau bagaimanapun, memandangkan keadaan negara ketika ini, kita tidak boleh juga salahkan kerajaan namun gaji minimum tetap harus dinaikkan kerana ia boleh menyebabkan pekerja tempatan tidak mahu bekerja.

“Untuk mewujudkan pekerja yang berkemahiran, kenaikan gaji juga menjadi pendorong seperti yang dilakukan negara jiran, yang mana kesannya dapat meningkatkan kecekapan dalam sektor teknologi dan inovasi,” tambahnya.

Sumber: Astro Awani